fbpx

Penganggur hidup mewah rupanya pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB (dua kanan) menunjukkan sebahagian daripada bungkusan dadah yang dirampas pihaknya daripada seorang pengedar tempatan di bandar raya ini dalam sidang akhbar di IPD JBS, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Rahsia kemewahan hidup seorang penganggur berusia 44 tahun terbongkar apabila dia ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM2.2 juta pada 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki itu ditahan menerusi dua serbuan yang dijalankan bermula pukul 2 petang hingga 4.30 petang.

Menurut beliau, serbuan pertama dibuat terhadap kenderaan milik suspek iaitu sebuah Honda Accord di kawasan kediaman kondominium, manakala serbuan kedua di sebuah rumah kedai sekitar bandar raya ini.

“Dalam serbuan tersebut, kita merampas pelbagai jenis dadah iaitu 12.6 kilogram (kg) serbuk ekstasi; 123 gram (g) ketamin; 621.8 g pil ekstasi dan juga 3.9 g pil Eramin 5 bernilai keseluruhan RM2.214 juta.

“Selain itu, polis turut merampas sebuah kenderaan; dua alat pengisar; dua keping kad berwarna kuning keemasan; pelbagai barangan kemas bernilai RM21,628 dan wang tunai sebanyak RM700,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Tambah Raub, suspek lelaki tempatan itu dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah itu secara bersendirian dan telah bergiat aktif sejak Jun tahun ini.

Raub turut memberitahu, suspek kini ditahan reman sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI