SINGAPURA – Seorang pemandu wanita terperosok di bawah kenderaannya dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Pantai Marina (MCE), Singapura, semalam, lapor laman berita MSNews hari ini.
Sejurus menerima laporan, anggota-anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.
Mereka terpaksa menggunakan peralatan hidraulik untuk menyelamatkan mangsa nahas yang melibatkan tiga buah kenderaan itu.
Dia yang berusia 51 tahun, kemudian dihantar ke Hospital Besar Singapura.
Susulan nahas tersebut, polis menahan seorang pemandu lelaki berusia 62 tahun atas dakwaan memandu dengan cuai yang mengakibatkan kecederaan parah. – AGENSI