fbpx

Pelajar baik tiba-tiba tertekan, mengamuk di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Tekanan perasaan menyebabkan seorang pelajar perempuan bertindak agresif cuba mencederakan diri sendiri menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Bagaimanapun, pelajar berusia 14 tahun itu berjaya dipujuk dan tiada kecederaan berlaku.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 1.33 tengah hari.

“Ketika kejadian, pelajar tersebut berada di kawasan pekarangan sekolah sambil memegang sebilah pisau dan mengugut untuk membunuh diri dengan mengelar tangan.

“Pelajar itu berjaya dipujuk dan tiada sebarang kecederaan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, ibu bapa mangsa mengatakan pelajar tersebut tidak menunjukkan perubahan sikap serta tidak pernah mengadu sebarang masalah di sekolah mahupun di luar.

“Semakan dengan pihak sekolah juga mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah disiplin,” ujarnya.

Tambah Naazron, pelajar tersebut dirujuk ke klinik kesihatan untuk ujian saringan kesihatan mental dan mendapatkan punca berkelakuan agresif.

“Masyarakat terutama ahli keluarga perlu lebih serius dalam mengawasi kesihatan mental anak-anak supaya tindakan awal dapat diambil bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

“Khidmat nasihat dan kaunseling boleh didapati melalui Talian Kasih 15999 atau mana-mana kaunselor bertauliah sekiranya diperlukan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI