fbpx

Pasar raya kaut untung, jual gula pasir 1kg mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN memeriksa gula pasir putih kasar yang dijual pada harga mahal di sebuah pasar raya di Jalan Laksamana, Seberang Perak, Kampung Gajah di Pasir Salak semalam. - Foto IHSAN KPDN PERAK

PASIR SALAK – Tindakan sebuah pasar raya di Jalan Laksamana, Seberang Perak, Kampung Gajah di sini menjual gula pasir putih kasar bertapis peket pada harga RM3 sekilogram berbanding RM2.85 yang dibenarkan mengundang padah apabila ia dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamaluddin Ismail berkata, tindakan kes tersebut adalah hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan melalui maklumat orang awam melalui sistem e-aduan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat aduan tersebut, anggota penguat kuasa KPDN telah bertindak membuat Ops Samar dan mendapati pasar raya tersebut telah menjual gula pasir putih bertapis kasar peket 1 kilogram (kg) dengan harga RM3 melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.85.

“Sehubungan itu, sepasukan anggota penguat kuasa beruniform telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis dan menemui sebanyak 213 kg gula kasar berada di dalam premis berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, tindakan telah diambil di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual barang kawalan gula pasir putih bertapis kasar melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Sebanyak 213 kg gula pasir bertapis kasar dan halus peket 1kg telah disita bersama dokumen yang berkaitan dan nila sitaan dianggarkan berjumlah RM607.05,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI