KLANG – Mayat seorang lelaki ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang, disahkan Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, di sini semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebentar tadi.
Pengesahan itu dibuat menerusi jersi yang dipakai ketika mayat itu ditemui.
“Ya. Dipercayai adalah adik penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE