fbpx

Malaysia sedia bantu kerajaan sementara Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan penggilan telefon bersama Prof. Muhammad Yunus. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.

Anwar  menerusi hantaran terbaharu beliau di Facebook hari ini berkata, Prof. Muhammad Yunus yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sementara Bangladesh pada 8 Ogos lalu juga mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia.

“Saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.

“Saya juga gembira dengan jaminan yang diberikan oleh beliau untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minority,” katanya.

Tambah Anwar, ketika membuat panggilan telefon bersama pemimpin tersebut semalam, beliau turut mengucapkan tahniah dan bertanyakan khabar susulan pelantikan beliau sebagai Ketua Penasihat kepada Kerajaan Interim Bangladesh.

“Prof. Yunus turut menjemput saya untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara,” jelas Anwar.

Terdahulu, Muhammad Yunus, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sementara pada 8 Ogos lalu bagi mengetuai kerajaan peralihan negara itu.

Ia berlaku selepas protes berminggu-minggu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Liga Awami Perdana Menteri Sheikh Hasina. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI