fbpx

Lelaki OKU bunuh rakan dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Melaka. - Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh rakan sekerjanya, enam tahun lalu.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Mohd Azdi Azmi, 28, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Mohammad Shahril Mohd. Yusoff yang ketika itu berusia 21 tahun dengan menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 4 pagi hingga 7 pagi di Medan Selera Ayer Keroh, Taman Muzaffar Syah dalam daerah Melaka Tengah pada 1 Oktober 2018.

Sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman mati mandatori mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati menikam mangsa dengan menggunakan pisau sehingga meninggal dunia ketika dihantar menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor.

Mangsa yang cedera turut ditetak sebelum tertuduh ditahan ketika cuba melarikan diri dan bersembunyi di sebuah restoran berhampiran.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira perbuatan bunuh dan tindakan menyebabkan kecederaan yang dilakukan menggunakan senjata bahaya, namun menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada mahkamah.

Peguam Ramzani Idris dan Haresh Mahadevan yang mewakili tertuduh merayu mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman gantung dengan mengambil kira pengakuan salah tertuduh pada hari pertama perbicaraan.

Katanya, ketika kejadian tertuduh berada dalam ketagihan dan tidak berpuas hati dengan dadah yang diterima daripada mangsa kerana tidak setimpal dengan wang yang telah diberikan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh.

Pada prosiding sama, Mohd. Radzi turut menjatuhkan hukuman setahun penjara mengikut Seksyen 324 kanun sama terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah mencederakan Mohamad Shahrul Nizam Zulkafli, 18, menggunakan sebilah pisau dan parang pada waktu, lokasi dan tarikh sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI