fbpx

Keputusan kes pemecatan PM Thailand diketahui hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Srettha dituduh melanggar etika dengan melantik seorang peguam yang mempunyai sabitan jenayah ke dalam Kabinetnya. - AFP 

BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand bermesyuarat pada hari ini untuk memutuskan sama ada Perdana Menteri, Srettha Thavisin harus dipecat daripada jawatannya berhubung kes etika yang boleh menjerumuskan kerajaan ke dalam pergolakan politik baharu.

Srettha dituduh melanggar etika dengan melantik seorang peguam yang mempunyai sabitan jenayah ke dalam Kabinetnya. Beliau dituduh oleh sekumpulan bekas senator yang memohon penyingkirannya daripada jawatan.

Hakim Mahkamah Perlembagaan memulakan perbincangan sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) dan dijangka memberikan penghakiman mereka sekitar pukul 3.00 petang (waktu tempatan).

Jika keputusan itu bertentangan dengannya, Srettha akan dilucutkan jawatan selepas kurang setahun berkuasa, namun pemerhati berkata, petunjuk kelihatan positif untuk hartawan hartanah itu, yang menafikan sebarang salah laku.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas mahkamah yang sama membubarkan parti pembangkang utama, Parti Move Forward (MFP) dan melarang bekas pemimpinnya daripada berpolitik selama 10 tahun.

Thailand telah menyaksikan banyak perdana menteri digulingkan oleh keputusan undang-undang dan rampasan kuasa dalam dua dekad yang lalu, termasuk oleh Mahkamah Perlembagaan.

Ketika mengunjungi sebuah kuil Buddha pada pagi ini, Srettha memberitahu pemberita bahawa beliau tidur lena dan akan meneruskan jadual seperti biasa pada hari ini.

Saya bimbang tentang banyak perkara, tetapi fokus utama bukan isu mahkamah. Proses undang-undang akan berjalan lancar,” katanya.

Jika Srettha diarahkan meletak jawatan, Parlimen perlu memilih perdana menteri baharu untuk Thailand. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI