fbpx

Kepulangan Faisal Halim beri impak positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kiri) menunjukkan perkembangan positif apabila turut hampir menjaringkan gol ketika menentang KDN pada Sabtu lepas.

PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil percaya minit permainan yang diraih pemain sayap sensasi, Faisal Halim memberikan petanda berharga buat Gergasi Merah dan Harimau Malaya ketika ini.

Sebagai rekod, Faisal iturunkan buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan ketika membantu Selangor menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN FC) 2-0 dalam aksi Liga Super pada Sabtu lepas.

Pada perlawanan itu, pemain yang mesra dengan gelaran Mickey dimasukkan pada minit ke-85 selain hampir menjaringkan gol tetapi tandukan yang dilakukannya terkena palang.

Menurut Nidzam, perkembangan positif serta pemulihan di luar jangkaan ditunjukkan Faisal sebagai perkara yang baik bukan sahaja di peringkat kelab, malah skuad kebangsaan.

“Apa yang dia alami memang gila. Saya rapat dengan dia, saya tahu apa yang dialaminya termasuk dari segi fizikal dan mental.

“Dia nak bermain, kita bagi dia 10 minit dan saya rasa minit-minit macam ini akan membantu perkembangan dia. Saya tak kata menyelesaikan masalah tetapi akan bantu perkembangan dia, baik untuk Selangor dan pasukan negara.

“Anda boleh nampak, dia hampir jaringkan gol, bola kena palang dan tanggungjawab saya gilap karat-karat dia sedikit dan paling penting minda dia tepat untuk berkembang dengan lebih baik,” katanya.

Faisal sebelum ini terlepas mewakili skuad kebangsaaan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2023 ekoran menjadi mangsa serangan simbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI