fbpx

Kementerian Ekonomi, MOT laksana transformasi landskap pengangkutan awam di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika sidang akhbar berhubung Inisiatif Pemerkasaan Industri Kereta Api di Kementerian Pengangkutan, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam melaksanakan komitmen untuk mentransformasi landskap pengangkutan awam di Malaysia, dengan memberi penekanan khusus di Lembah Klang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, kerajaan mensasarkan untuk mencapai 40 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang 2030.

“Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Ekonomi bersama MOT telah menjalankan satu bengkel strategik pada 17 Mei lalu, bagi mengenal pasti pelaburan utama yang diperlukan untuk meningkatkan dan memperluaskan rangkaian pengangkutan awam.

“Sejajar dengan itu, sebuah pelan komprehensif sedang dibangunkan merangkumi strategi pelaburan dan pelan pelaksanaan yang menyeluruh. Pelan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 1 Julai lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Rafizi berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan peningkatan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan ‘first and last mile’ yang bersepadu.

Menurut beliau, untuk perkhidmatan bas, usaha tersebut akan meliputi pengembangan ketersambungan dan liputan, peningkatan ketersediaan dan konsistensi, serta memperkenalkan lorong khas bas bersama sistem Kuala Lumpur Autonomous Rail Transit (KL ART) dan Bus Rapid Transit (BRT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI