fbpx

Itu memang Nidza Afham, anak lelaki saya – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mokhtar (berbaju gelap) memeluk ahli keluarga di lokasi kejadian itu, malam ini.

KLANG – “Itu memang Am yang juga anak lelaki saya.”

Demikian kata Mokhtar Mahmud, 57, mengenai penemuan jasad Allahyarham Muhammad Nidza Afham, 23, di sekitar Jalan Tepi Sungai berdekatan Sungai Solok di sini, hari ini.

Menurut guru Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya Shah Alam itu, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga, kira-kira 7.30 petang tadi.

“Saya ketika itu sedang menuju pulang ke rumah di Saujana Utama selepas seharian melakukan usaha mencari Am.

“Setibanya di lokasi, ahli keluarga mengesahkan bahawa jasad itu adalah anak saya berdasarkan wajah dan baju yang dipakainya,” katanya sebak ketika ditemui di lokasi kejadian, malam ini.

Tambah Mokhtar, dia kali terakhir menemui anak kelima daripada tujuh beradik itu ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak lelakinya bulan lalu.

“Petang semalam, Am juga sempat menghubungi saya untuk memberi sejumlah wang saku. Justeru, saya masih terkejut dengan kejadian ini namun reda dengan ketentuan Ilahi,” ujarnya.

Jelasnya, dia menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut dan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Puncak Alam.

Terdahulu, Mahmud turut melaungkan azan di Jambatan Kota iaitu lokasi penemuan dompet dan telefon mangsa sebelum dilaporkan hilang, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan mayat itu ditemukan oleh seorang pemancing yang juga lelaki warga tempatan kira-kira dua kilometer dari lokasi jambatan kira-kira pukul 7 petang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pokis menunggu hasil laporan bedah siasat hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI