fbpx

Ibu Sanusi ditidurkan akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menemani ibunya, Meriam yang ditidurkan akibat serangan jantung di wad ICU HSB, Alor Setar kelmarin. -Foto UPDA

ALOR SETAR – Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ditidurkan sejak semalam, selepas mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik, dekat sini.

Menurut Muhammad Sanusi, ibunya, Meriam Ahmad, 74, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk rawatan.

“Pada kelmarin, mak saya dibawa ke Hospital Sik untuk melakukan pemeriksaan awal sebelum doktor membuat keputusan untuk pindahkan dia ke HSB.

“Mak memang ada masalah jantung sejak berbelas tahun lalu, mungkin pada hari itu dia mengalami serangan jantung dan terus dibawa ke hospital,” katanya, di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, doktor mengesahkan ibunya juga mengalami strok dan kini dalam penjagaan rapi pihak hospital.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu terpaksa membatalkan kehadiran ke Majlis Pemberian Bantuan Operasi dan Agihan Wakalah Zakat kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Kedah Darul Aman 2024 di Sungai Petani.

Ia berikutan keadaan kesihatan ibunya yang dilaporkan kritikal sebelum digantikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Datuk Mohd. Azam Abdul Samat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI