fbpx

Harimau jangan main-main dengan kijang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) terhadap Maybank dan CIMB berikutan gangguan berpanjangan beberapa perkhidmatan perbankan.

BNM dalam kenyataan berkata, penalti sebanyak RM4.32 juta dikenakan terhadap Malayan Banking Bhd. dan Maybank Islamic Bhd.

Sementara itu, penalti sebanyak RM760,000 dikenakan terhadap CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd.

Katanya, keputusan mengenakan AMP itu kepada Maybank dan CIMB selepas mempertimbangkan faktor penyebab dan pengurangan yang relevan.

Jelasnya, ia termasuk kegagalan mengambil langkah yang wajar untuk mengurangkan insiden masa terhenti dan mengelakkan ketidakpatuhan, termasuk impak gangguan perkhidmatan terhadap pelanggan.

“Maybank membayar sebanyak RM4.32 juta bagi AMP yang dikenakan oleh BNM pada 8 Ogos 2024. CIMB membayar sebanyak RM760,000 bagi AMP yang dikenakan oleh BNM pada 12 Ogos 2024,” katanya.

Dalam pada itu, Maybank dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan memastikan semua peraturan BNM dipatuhi berhubung masa operasi perkhidmatan.

“Ini termasuk langkah-langkah dalaman untuk mengukuhkan dan memantau sistem yang disediakan untuk memastikan prestasi yang optimum,” ujarnya.

Justeru, rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh BNM selain meminta Maybank untuk menaik taraf mutu perkhidmatan dan aplikasi perbankan tersebut.

“Bagus BNM ambik tindakan. Maybank terlalu angkuh dan sambil lewa. Bayangkan waktu itu nak guna perkhidmatan QR dan sebagainya,” kata Anis.

“Harimau dan sotong jangan main-main dengan kijang,” seloroh seorang pengguna.

“Terbaik BNM, setiap kali ada gangguan, Maybank hanya buat permohonan maaf. Umpama sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja,” luah Rashid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI