fbpx

Cuaca buruk landa Pahang, Johor, Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di negeri Pahang, Johor dan Sarawak mengalami hujan serta ribut petir pagi ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia memberitahu, keadaan cuaca buruk itu akan berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Jelasnya, di Pahang ia melibatkan daerah Rompin, manakala di Johor ia melibatkan kawasan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak pula katanya, keadaan cuaca itu akan melanda kawasan sekitar Kuching (Kuching), Serian, Samarahan dan Sri Aman (Sri Aman).

Bagaimanapun, berdasarkan peta yang dikongsi MetMalaysia, kebanyakan kawasan di negeri-negeri lain keadaan cuaca pada sebelah pagi ini adalah baik dan cerah. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI