fbpx

Budak lelaki maut kemalangan babit SUV, pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Paris 2, Kinabatangan tengah malam tadi. Foto IHSAN BOMBA

KINABATANGAN – Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala ibu bapanya parah selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Paris 2 tengah malam tadi.

Selain itu, kemalangan turut mengakibatkan empat lagi parah dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.38 tengah malam.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux bertembung dengan Proton X50,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Azlan Shah menyatakan seorang kanak-kanak di dalam kereta Proton X50 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI