fbpx

Bot candat karam: Beg sandang Aina ditemui di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nur Iqbar (tiga dari kanan) mengecam barangan peribadi Aina Husna yang dijumpai sambil diperhati Muhamad Faisal di Markas Maritim Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Beg sandang milik Aina Husna Muhammad Husaini, iaitu salah seorang mangsa yang masih hilang dalam insiden bot mencandat sotong karam di perairan Kuala Kemaman, Ahad lalu, berjaya ditemui hari ini.

Beg berwarna hitam berkenaan dijumpai oleh Skuadron Selam Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kedalaman kira-kira 30 meter di dasar laut.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata, lokasi penemuan beg itu terletak kira-kira 120 meter dari kawasan bot candat sotong berkenaan dipercayai karam.

“Ia disahkan milik Aina Husna, 25, oleh bakal tunangnya iaitu Muhammad Nor Iqbar Shaharuddin,27, dan tekong bot, Saipul Ridzuan Osman, 50,” katanya di Markas Maritim Kemaman, Kuala Kemaman, di sini hari ini.

Muhamad Faisal berkata, beg sandang terbabit didapati mengandungi beberapa barangan peribadi milik Aina Husna seperti lampu kepala, dua buah lampu suluh, kipas tangan, segugus kunci dan pengecas telefon.

Tambah beliau, selaman anggota Skuadron Selam Pasukan Tindakan Khas dan APMM pada hari ini turut menemui sebarang kayu cota dan pinggan milik Saipul Ridzuan.

“Begitupun setakat ini, bangkai bot yang karam tersebut masih belum dikenal pasti. Selaman hari ini berdepan cabaran arus deras dan penglihatan agak terhad,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Nur Iqbar yang ditemui yakin beg sandang dijumpai milik Aina Husna.

“Kebanyakan dijumpai dalam beg sandang itu saya bantu masukkan sebelum Una (Aina Husna) bergerak ke Kemamam (untuk mengikuti trip mencandat sotong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI