fbpx

Bila B40 selera T20 – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di media sosial memaparkan binaan tambahan yang dilakukan di sebuah flat sekitar Setiawangsa.

PETALING JAYA – “Apabila B40 selera T20.”

Itu antara luahan segelintir pengguna apabila melihat perkongsian di media sosial yang memaparkan tindakan penghuni sebuah rumah flat membuat binaan haram pada kediaman mereka.

Menerusi perkongsian beberapa keping gambar di laman Facebook Sukan Star TV – sstv.my kelihatan kediaman terbabit telah diubah suai sehingga kelihatan seperti sebuah apartmen mewah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan tambahan itu mendapat kelulusan pihak berkuasa atau pun tidak.

Difahamkan gambar yang dikongsi itu dirakam di sebuah kawasan di sekitar Setiawangsa berdasarkan nama blok yang tertera pada gambar berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan penghuni yang telah mengubah suai kediaman mereka sehingga menyusahkan pengguna lain.

Dakwa mereka, tindakan tersebut sebagai mementingkan diri dan boleh mendatangkan bahaya kepada penghuni lain pada masa akan datang.

“Orang yang duduk landed (rumah atas tanah) sebiji pun fikir beribu kali nak extend (tambah) walau tanah sendiri ukur dan buat perkiraan betul-betul takut jiran tak selesa.

“Usahkan termasuk dalam tanah jiran, walau terhalang cahaya, laluan angin, air hujan, semua itu diambil kira di akhirat,” tulis Ashraf Shaida.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Long Hasief.

“Buat report (laporan) je, kalau viral macam ini pun tak guna, bukannya automatik dia akan roboh, mungkin kalau owner (pemilik) tengok dia dapat malu sahaja.

“Jenis pentingkan diri sendiri orang macam ni. Tahulah duit dia, tapi kena adil lah hidup berjiran, bila orang tegur tuan rumah di katanya dengki,” luahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI