fbpx

Bayaran hadiri majlis kahwin RM1,481 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Getty Images

WASHINGTON – Sepasang pengantin baharu di Amerika Syarikat mengundang kecaman ramai selepas mengenakan bayaran sebanyak AS$333 (RM1,481) kepada setiap tetamu majlis perkahwinan mereka sebagai langkah untuk berjimat, lapor laman berita Independent UK semalam. 

Menerusi temu bual dengan stesen penyiaran NBC, Nova dan Reemo Style berpendapat kos mengadakan majlis perkahwinan adalah mahal.

Pasangan itu berkata, orang ramai sanggup ‘berhabis’ untuk melihat bintang pop kegemaran mereka, justeru tiada masalah sekiranya mereka bertindak demikian untuk insan yang dikenali dan tersayang. 

“Orang ramai memilih untuk pergi ke konsert Beyonce kerana mereka mahukan dan merasai pengalaman. 

“Mari kita berikan tekanan kepada tetamu dan jual tiket untuk majlis perkahwinan,” kata Nova. 

Difahamkan, caj AS$333 itu adalah untuk membayar tempat duduk di bas dua tingkat dan lawatan 12 jam di seluruh Bandar Raya New York. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI