GARA-GARA wajah muncul dalam sedutan babak panas yang tular dalam media sosial, anak penyanyi David Bayu atau David Naif iaitu Audrey Davis kini berdepan pendakwaan di mahkamah.
Wanita lingkungan usia awal 20-an itu juga mengakui dirinya individu yang ditunjukkan melakukan aksi tidak senonoh ketika proses siasatan dijalankan di Balai Polis Metro Jaya.
Sebelum ini pihak berkuasa menahan dua lelaki yang disyaki menyebarkan klip berdurasi 1.36 minit sebaik menerima laporan. seorang individu pada 12 Julai lalu.
Bapa kepada Audrey yang juga vokalis kumpulan Naif dikatakan setia menemani anaknya sepanjang soal siasat dijalankan iaitu selama tiga jam pada 7 Ogos lalu. Biarpun enggan memberikan sebarang komen berkaitan kes anaknya, Davis dilihat tenang sambil berjalan mengiringi Audrey sebaik keluar dari balai polis.