PETALING JAYA – Kakak sulung kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Efahanie reda dengan ketentuan Ilahi adiknya itu kini sudah meninggal dunia.
Efahanie menerusi aplikasi X memuat naik status dia menerima takdir dengan hati yang terbuka dan percaya semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali). Allahuakbar (Allah Maha Besar),” coretnya.
Terdahulu, mayat seorang lelaki ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang, disahkan Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, di sini semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebentar tadi.
Pengesahan itu dibuat menerusi jersi yang dipakai ketika mayat itu ditemui.
“Ya. Dipercayai adalah adik penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE