fbpx

1,760 kertas siasatan dibuka babit salah laku warga PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,760 kertas siasatan dibuka membabitkan salah laku anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 5.39 peratus berbanding 1,665 kertas siasatan membabitkan kes sama pada tahun lalu.

Katanya, peningkatan itu jelas menunjukkan ketegasan dan sikap tidak berkompromi pucuk pimpinan PDRM terhadap warga pasukan yang melanggar peraturan.

“Justeru, pemantauan secara lebih terperinci atau ‘close monitoring’ merupakan kaedah penyeliaan yang dapat mengekang penyerapan anasir negatif yang mempengaruhi warga PDRM untuk melakukan salah laku.

“Selaras dengan itu, saya telah memutuskan peningkatan peratusan pencapaian pelaksanaan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) PDRM daripada 80 peratus kepada 95 peratus,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Jelas beliau, beliau meminta semua pegawai penyelia dapat melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi menangani isu pelanggaran etika dalam kalangan warga PDRM.

Tambah Razarudin, ucapan tahniah diberikan kepada warga Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang meraikan ulang tahun satu dekad penubuhan jabatan tersebut pada 25 Julai lalu.

Katanya, JIPS merupakan jabatan peneraju utama dalam penguatkuasaan, pengukuhan dan pembudayaan integriti warga PDRM yang berteraskan kepada peraturan serta undang-undang.

“Kematangan usia jabatan ini menjadi cerminan kegigihan usaha pembudayaan integriti dalam pasukan PDRM. Warga JIPS memikul tanggungjawab berganda dalam penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

“Mereka juga mempunyai keteguhan integriti untuk mencegah diri daripada penyelewengan serta perlu tegas, adil dan telus dalam tindakan,” katanya.

Beliau berkata, JIPS perlu lebih proaktif mencari penyelesaian terbaik bagi mencegah pelanggaran etika oleh warga PDRM sebelum ia menjadi parah dalam pasukan.

“Melihat kepada trend dan penglibatan pegawai polis dalam isu salah laku, jelas penguatkuasaan Arahan Ketua Polis Negara bilangan 191 iaitu ‘total enforcement’ berkaitan Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib)1993, masih perlu dikuatkuasakan dengan lebih berkesan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI