fbpx

Wanita 38 tahun bahagia jadi penghuni rumah warga tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang mahu mempunyai tempat untuk mendapatkan rehat secukupnya, akses penjagaan kesihatan dan makan makanan sihat. - Oddity Central

BEIJING  –  Seorang wanita di China menjadi perhatian ramai kerana menetap di rumah jagaan warga emas meskipun dia baru berusia 38 tahun, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Wanita dikenali sebagai Yang itu, sebelum ini bekerja sebagai penulis skrip dalam industri televisyen dan filem selama 11 tahun.

Jadual kerja dan gaya hidup terlalu sibuk menyebabkan kesihatan Yang merosot dan dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit.

Selepas mendapat nasihat doktor supaya berehat dan hidup bertenang, Yang membuat keputusan untuk tinggal di rumah jagaan warga tua Yisenlin di Bandar Jilin.

“Terdapat dua sebab mengapa saya memilih rumah jagaan warga emas berbanding hotel. Pertama, saya ingin tahu mengenai premis berkenaan dan mahu melihat sendiri keadaannya.

“Sebab kedua adalah kerana saya sakit dan berharap mempunyai tempat untuk mendapatkan rehat secukupnya, akses penjagaan kesihatan dan makan makanan sihat,” kata Yang yang tinggal sebatang kara.

Selepas menghabiskan masa selama tiga bulan di rumah jagaan dan hidup dikelilingi warga emas berusia sehingga 102 tahun, Yang mengaku dia akhirnya melihat kehidupan dalam perspektif baharu.

“Saya tidur sekitar pukul 9 malam dan bangun awal. Saya membaca buku, menulis novel dan mengarang memoir untuk penghuni di sini. Saya tidak berasa kesepian atau bosan berada di sini,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk tinggal di rumah persaraan itu sepanjang hayatnya, Yang berkata, dia bercadang untuk pergi pada satu ketika, tetapi tidak tahu dengan tepat bila keadaan itu akan berlaku. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI