fbpx

Ustaz tak salah, dia diarah ceraikan saya – Nora Ariffin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora berharap orang ramai tidak menyalahkan lelaki terbabit mahupun mengutuk tindakan menceraikannya.

PETALING JAYA – Menyedari suami menjadi sasaran kecaman, penyanyi Datuk Nora menjelaskan lafaz talak menerusi video yang dibuat Dr. Rushdi Ramli adalah atas arahan pihak tertentu, bukan kemahuan sendiri.

Kata Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 51, diharap orang ramai tidak menyalahkan lelaki terbabit mahupun mengutuk tindakan menceraikannya.

“Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.

“Dia melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story miliknya. 

Pun begitu, pelantun lagu Samudera itu n tidak menyatakan secara terperinci identiti individu yang memberikan arahan tersebut.

Menerusi hantaran sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu turut memberitahu dia tidak dapat mengulas perceraian itu selain hanya mampu reda.

“Saya tergamam, tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” ujarnya. 

Semakan menerusi ruangan komen, video lafaz cerai dilakukan Rushdi yang dimuat naik  Nora dalam Instagram mengundang pelbagai respons daripada netizen. 

“Macam begitu je kena cerai? Siap buat video? Apa mahu jadi dengan dunia sekarang sudah macam dalam drama,” komen netizen itu.

“Kalau ye pun mahu ceraikan isteri, buatlah secara elok, ini melalui video sahaja, tak budiman langsung, kasihan Nora,” demikian akomen netizen itu.

Terdahulu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. 

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021. 

Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya selain hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI