fbpx

Sze Fei, Izzuddin masih ‘milik’ BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZUDDIN (kiri) dan Sze Fei akan menyertai dua kejohanan bulan ini sebelum masa depan mereka diputuskan BAM.

HASRAT beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk bergerak secara profesional bakal ditentukan Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang akan bermesyuarat hujung bulan ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengambil pendekatan mengunci mulut terlebih dahulu dan menyerahkan segala keputusan kepada barisan ahli majlis badan induk itu.

“Kami tidak boleh beritahu apa-apa buat masa ini kerana belum tahu lagi sebarang keputusan. Kami perlu duduk bersama dan membincangkan segala-galanya.

“Hasil perbincangan itu nanti akan dikemukakan kepada ahli majlis bagi mendapatkan sebarang kelulusan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan di ABM, Bukit Kiara semalam.

Laporan mendakwa beregu No. 13 dunia itu bakal meninggalkan BAM bagi meneruskan karier mereka sebagai pemain profesional selepas kembali digandingkan penghujung Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, Rexy menjelaskan, kedua-dua pemain tersebut masih di bawah naungan BAM dan dijadualkan menyertai Terbuka Jepun dari 20 hingga 25 Ogos dan Terbuka Korea (27 Ogos-1 September).

Sekiranya Sze Fei-Izzuddin meninggalkan BAM, ia bakal menyaksikan mereka mengikut jejak langkah perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang meninggalkan badan induk itu dan bergerak profesional pada 2022.

Sebagai rekod, pasangan No. 13 dunia itu memiliki beberapa kejuaraan termasuk memenangi Terbuka Jerman 2022, Terbuka Amerika Syarikat 2023, Kaohsiung Masters 2023 dan Abu Dhabi Masters 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI