fbpx

Suspek serang dua wanita di surau ditahan di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suspek yang menyerang dua wanita di kawasan di surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kelana Jaya, di sini, Jumaat lalu telah ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, tangkapan itu dibuat pada pukul 1.30 pagi tadi di sebuah kediaman di Kajang, Selangor.

“Lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan ketika berada di kediaman kenalannya.

“Suspek akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan polis sudah merakam keterangan tujuh individu termasuk guru besar yang menjadi mangsa serangan lelaki itu.

Guru besar itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk rakaman percakapan selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Jumaat lalu, dua wanita cedera ditikam membabitkan seorang guru berusia 52 tahun dan seorang jurujual berusia 26 tahun diserang individu tidak dikenali.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI