fbpx

Siti Aisyah kaut RM547,600 perdaya jual beli tanah lot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika sidang akhbar di Menara KPJ hari ini. Foto oleh KOSMO!/ILHAM ZAKARIA

KUALA LUMPUR – Seorang wanita, Siti Aisyah Nasib Ghazali dipercayai terlibat dalam urusan jual beli tanah lot sehingga mengakibatkan mangsa-mangsanya mengalami kerugian berjumlah RM547,650 sejak tahun 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejak 2016, pihaknya menerima sebanyak 15 laporan membabitkan individu tersebut.

Menurut beliau, modus operandi yang digunakan wanita itu adalah dengan menandatangani perjanjian jual beli dengan pemilik tanah kononnya untuk dijual.

“Dalam masa sama, suspek akan mengiklankan jualan tanah itu secara pecahan lot.

“Bagi meyakinkan mangsa, suspek akan menunjukkan dokumen pembelian tanah atau mendakwa dia telah memperoleh kuasa mentadbir (power attorney) daripada pemilik asal,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa-mangsa yang terperdaya dengan tipu daya wanita itu akan membuat bayaran bagi membeli lot tanah yang ditawarkan.

“Sejumlah enam kawasan di sekitar Selangor telah digunakan oleh suspek dalam tawaran penjualan lot tanah.

“Empat akaun bank telah dikenal pasti digunakan untuk menerima bayaran daripada mangsa.

“Tiga daripada akaun tersebut didaftarkan atas nama individu termasuk dua daripadanya adalah milik suspek. Satu lagi akaun didaftarkan atas nama syarikatnya.,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan turut mendedahkan beberapa individu lain turut terlibat dalam kegiatan penipuan tersebut.

“Suspek telah dituduh bersabit empat kes penipuan jualan lot tanah dan perbicaraan bagi kes tersebut masih berjalan di mahkamah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI