fbpx

[VIDEO] ‘Saya tahu Aedy Ashraf sentiasa beri sokongan dari belakang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amelia Henderson masih berkawan baik dengan bekas kekasih, Aedy Ashraf.

PETALING JAYA – Meskipun tidak lagi bersama, pelakon Amelia Henderson menghargai setiap sokongan daripada kekasihnya, Aedy Ashraf berhubung kes saman membabitkannya dengan seorang penulis skrip drama ketika ini.

Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, berkata, sokongan tersebut membuktikan Aedy merupakan individu yang matang kerana masih menyokongnya walaupun hubungan cinta mereka sudah terputus.

“Hubungan antara kami memang sudah berakhir tetapi anda tak akan mendengar saya bercakap negatif tentangnya sebab hormat dia serta masa bersama waktu rapat dahulu.

“Walaupun kami tidak serapat dulu, saya tahu dia akan sentiasa menyokong dari belakang, begitu juga saya,” katanya kepada Kosmo! Online selepas tayangan perdana filem Harimau Malaya di sini, semalam.

Dalam masa sama, bintang filem Pulau itu berkata, walaupun tidak bermusuh dan masih terus menyokong antara satu sama lain, sinar untuk menjalin kembali hubungan cinta sudah tiada.

Dia juga tidak mahu lagi memberi sebarang kenyataan yang boleh mengundang rasa berharap dalam kalangan peminat selain mahu mel

ihat mereka kembali bercinta.

“Dia adalah individu hebat dan layak mendapat sesuatu lebih baik.

“Kadang-kadang apabila keadaan sudah berada di penghujung, saya sendiri tak tahu hendak beri respons sebab tidak mahu orang salah faham atau menyimpan harapan terhadap situasi yang tidak akan berlaku.

“Kalau sudah tiba masa melepaskan, maka perlulah dilepaskan. Kita sendiri tak boleh memaksa keadaan juga dan kami berdua faham perkara itu. Saya sentiasa harapkan yang terbaik untuknya,” jelasnya.

Diminta mengulas mengenai kes saman tersebut, dia bagaimanapun tidak boleh memperincikan perkara berkenaan ketika ini.

“Saya baru selesai proses mediasi dan akan akan diteruskan dengan perbicaraan pada Februari tahun depan. Selepas perbicaraan tersebut, saya akan jelaskan semuanya,” katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu mendedahkan hubungan istimewanya dengan Aedy tidak lagi seperti sebelum ini.

Perkara itu juga disahkan oleh Aedy sebelum ini selain mendoakan agar Amelia terus kuat dalam menghadapi pelbagai perkara termasuk kes saman tersebut.

Terdahulu, saman yang difailkan pada 20 September 2023 oleh Rehal Nuharis mendakwa Amelia telah memuat naik satu siaran video secara langsung melalui akaun Instagram miliknya pada 25 Jun 2022, dengan memberi kenyataan yang menjatuhkan reputasi serta memprejudiskan nama baiknya yang juga plaintif berhubung drama Sekali Lagi Cinta.

Plaintif mendakwa video tersebut telah memberi gambaran negatif tentang penulisan skrip plaintif dalam drama tersebut yang menyokong keganasan rumah tangga serta misoginis selain komen pihak ketiga terhadap kenyataan yang dibuat defendan itu mendatangkan kecaman, kebencian serta kemarahan terhadap plaintif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI