fbpx

‘Saya sudah berusaha selamat semua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saipul Ridzuan menunjukkan gambar bot miliknya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kuang, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tekong bot yang karam akibat dirempuh tongkang di perairan Kuala Kemaman dekat sini pada kelmarin tidak dapat melelapkan mata akibat terlalu sedih mengenangkan insiden tersebut.

Saipul Ridzuan Osman,50, berkata, dia tidak menyangka trip mencandat sotong diikuti tujuh pemancing tersebut berakhir dengan tragedi sehingga mengorbankan dua mangsa manakala dua lagi hilang.

“Kejadian berlaku dengan pantas, sebaik saya tersedar daripada tidur, tongkang itu sudah terlalu hampir untuk merempuh bot kami yang sedang bersauh.

“Saya hanya mampu menjerit membangunkan semua pemancing yang kebanyakannya sedang tidur ketika itu agar segera menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Bukit Kuang di sini hari ini.

Saipul Ridzuan berkata, rempuhan tongkang terbabit terlalu kuat sehingga menyebabkan bot yang dinaiki terbalik sebelum karam ke dasar laut.

“Saya sempat membaling pelampung keselamatan kepada Ain Farhana (Muhammad Husaini) yang merupakan terakhir keluar dari bot sedang karam.

“Tong ikan dan pelampung yang timbul di permukaan laut juga diikat dengan tali bagi memudahkan kami berpaut bersama-sama sementara bantuan tiba,” katanya.

Saipul Ridzuan berkata, dia juga menggigit tali pancing yang tersangkut pada baju Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, agar mangsa yang meninggal dunia itu tidak tenggelam ke dasar laut mengikut bangkai bot karam.

Tambahnya, dia juga menyelam enam kali dalam tempoh hampir sejam bagi mengambil jaket keselamatan untuk dipakaikan kepada mangsa yang terselamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI