fbpx

Sanggup beratur seawal 2 pagi demi tiket pembukaan Sukma XXI Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang menunjukkan orang ramai sedang beratur panjang di pekarangan Stadium Sarawak bagi mendapatkan tiket sempena Perasmian Sukma XXI Sarawak.

PETALING JAYA – Demi tiket percuma sempena Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) XXI Sarawak 2024, peminat sukan tanah air sanggup beratur seawal 2 pagi tadi, di pekarangan Stadium Sarawak.

Menerusi perkongsian gambar dan hantaran Facebook Siti Norhaida Zamri ketika berada di lokasi, barisan mereka yang ingin mendapatkan tiket sudah pun panjang ketika ketibaannya pada waktu itu.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan orang ramai memaklumkan, mereka gagal mendapatkan tiket walaupun sudah berjam-jam beratur semalam.

“Merasa juga semalam tiga jam lebih beratur tapi tak dapat apa-apa. Hanya dapat demam dan kaki lenguh,” kata seorang pengguna.

“Ya Allah kasihan. Semoga Allah permudahkan urusan awak semua. Semangat orang Sarawak,” ujar Rismina Ahamat.

“Aduh, putus asa rasa hati nak pergi ambil tiket!,” komen seorang lagi pengguna.

Terdahulu media melaporkan, tiket berkenaan akan diagihkan secara percuma pada semalam dan hari ini, di Stadium Sarawak.

Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak akan mengagihkan sebanyak 7,500 tiket masuk setiap hari bermula pada jam 10 pagi sehingga selesai.

Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk hadir awal bagi mendapatkan tiket masuk pada tarikh tersebut.

Sukma Sarawak 2024 akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI