fbpx

Ribut suria dahsyat badai Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 11 Mei lalu menunjukkan fenomena Cahata Utara disebabkan ribut suria kelihatan di Teluk Port Phillip, Melbourne. – AFP

WASHINGTON –  Ribut suria dahsyat membadai Bumi semalam yang menyebabkan fenomena  Cahaya Utara boleh dilihat lebih jauh ke selatan berbanding biasa, kata sebuah agensi Amerika Syarikat(AS).

Ribut suria itu dikategorikan pada Tahap 4 dalam skala 5 peringkat. Ia dikesan semalam dari pukul 11 malam (waktu Malaysia), demikian menurut pusat Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Keadaan tersebut dijangka berlarutan selama beberapa jam tetapi dijangka tidak menjadi lebih buruk, kata NOAA dalam satu kenyataan.

“Ribut  geomagnetik (ribut suria) kuat berlaku menyebabkan fenomena Cahaya Utara (aurora)  boleh dilihat jauh ke selatan hingga ke Alabama dan utara California,” kata NOAA dalam satu kenyataan. 

Ribut itu bagaimanapun boleh mencetuskan kesan negatif. Ia boleh mengganggu frekuensi tinggi komunikasi, satelit selain menyebabkan bebanan berlebihan pada grid elektrik.

Ribut suria disebabkan oleh hamburan jisim korona (CNE) yang merupakan letusan partikel yang meninggalkan Matahari. Apabila partikel itu tiba di Bumi, ia boleh menjejaskan medan magnetik planet ini.

Kelmarin, angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Matthew Dominick menyiarkan gambar menakjubkan fenomena aurora borealis itu di laman X.

Gambar tersebut dirakam dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tempat dia berada. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI