fbpx

Rakyat Malaysia buang sisa plastik 13.8 juta tan setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINAL (kanan) bersama Pengarah Urusan Hiroyuki Industries, Nakata Hiroyuki menunjukkan bahan mentah dari botol plastik sebelum diproses menjadi botol plastik minuman di kilang Hiroyuki Industries, Taman Perindustrian Senai, Kulai hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Sebanyak 13.8 juta tan sisa pepejal telah direkodkan setiap tahun yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia.

Manakala kajian komposisi yang dijalankan di 27 buah tapak pelupusan pada 2021 menunjukkan 23.9 peratus daripada sisa yang dilupuskan adalah kategori sisa plastik bersamaan dengan 3.2 juta tan setahun.

Pengarah SWCorp Negeri Johor, Zainal Fitri berkata, kajian yang dijalankan ini meliputi seluruh negara yang kebanyakkannya adalah buangan sisa plastik.

Menurutnya, negeri ini sahaja mencatatkan purata 2,900 tan sisa domestik dihantar ke tapak pelupusan setiap hari pada 2023.

“Di Johor, kita mempunyai kira-kira sembilan tapak pelupusan sampah dengan empat daripadanya di bawah pengurusan SWCorp.

“Tahun depan, tapak pelupusan sanitari Seelong akan diletakkan di bawah SWCorp manakala tapak pelupusan sanitari Bukit Payung di Batu Pahat dijangka mula beroperasi,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI