fbpx

Peruntukan Belanjawan 2025 lebih besar untuk KKR – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi ketika ditemui pemberita pada Sesi Dialog Kementerian Kerja Raya Bersama Penggiat Industri Pembinaan 2024 di Kompleks Kerja Raya di sini hari ini. -Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap menerima peruntukan kewangan yang lebih besar dalam Belanjawan 2025 dengan pertambahan lebih 12 peratus berbanding Belanjawan 2024.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan kewangan yang besar itu diperlukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

“Untuk itu kami mahu melaksanakan satu program khas yang mana memerlukan peruntukan lebih besar bagi menjayakannya.

“Begitu juga industri pembinaan mungkin memerlukan peruntukan yang lebih besar maka, KKR berharap peruntuka lebih besar diberikan dalam Belanjawan 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Dialog KKR Bersama Penggiat Industri Pembinaan tahun 2024 di Kompleks Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Jelasnya, Kementerian Kewangan memperuntukan RM100,000 kepada setiap Jurutera Daerah untuk melaksanakan kerja-kerja kecil dan segera pada tahun 2023.

“Kami berterima kasih kerana pada 2024 peruntukan tersebut telah ditambah kepada RM200,000.

“Sehubungan itu, kami berharap peruntukan tersebut ditambah lagi RM100,000 untuk tahun hadapan kepada Jurutera Daerah.

“Untuk makluman, kita mempunyai 115 Jurutera Daerah di seluruh Malaysia,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak Alexander berkata, KKR tidak lepas tangan dan telah berbincang dengan mereka yang terlibat bagi mencari penyelesaian.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo sebenarnya mempunyai dua fasa iaitu 1A dan 1B.

“Fasa 1B berjalan dengan lancar mengikut jadual dan yang menjadi masalah sekarang adalah projek Fasa 1A,” katanya.

Sehubungan itu, beliau telah turun padang bersama para pegawai pergi ke Sabah untuk berbincang dan melihat penyelarasan kerja-kerja di tapak projek.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memint agar projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan secepat mungkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI