fbpx

Pemergian Cikgu Istiqomah suatu perkhabaran duka – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Istiqomah

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi.

Menurut beliau, pemergian Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 tersebut merupakan suatu perkhabaran yang mendukakan.

“Menerima perkhabaran duka pemergian Allahyarhamah Cikgu Istiqomah.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Cikgu Istiqomah.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Semalam polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong sampah di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember tahun lalu ialah Istiqomah.

Ia berdasarkan hasil siasatan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap mayat tanpa kepala, kaki dan tangan berkenaan.

Susulan itu polis menahan seorang suspek lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, 36 tahun di Chemor, Perak.

Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu tersebut membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI