fbpx

Pemenang emas Olimpik Pakistan dapat hadiah kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hadiah kerbau dianggap sangat bernilai dan dihormati dalam kalangan masyarakat setempat. - Times Now

ISLAMABAD – Pemenang pingat emas Olimpik Pakistan, Arshad Nadeem menerima hadiah unik daripada bapa mentuanya berupa seekor kerbau.

Hadiah tradisi itu bagi meraikan pencapaian luar biasa Arshad memenangi acara merejam lembing pada Olimpik Paris baru-baru ini.

Dia mencatat jarak 92.97 meter sekali gus memecahkan rekod Sukan Olimpik.

Bapa mentua Arshad, Muhammad Nawaz berkata,hadiah kerbau dianggap sangat bernilai dan dihormati dalam kalangan masyarakat setempat.

Arshad di sebalik kejayaan antarabangsa tersebut, masih tinggal bersama kedua ibu bapa dan saudara lelakinya di Khanewal, Punjab.

Anak perempuan Muhammad Nawaz, Ayesha berkahwin dengan Arshad. Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

“Enam tahun lalu apabila kami membuat keputusan untuk mengahwinkan anak perempuan kami dengan Arshad, dia melakukan kerja rencana tetapi sangat komited kepada sukannya (merejam lembing).

“Dia sentiasa berlatih di rumah dan di padang,” kata bapa mentuanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI