fbpx

Paramount terbit Sukuk Wakalah Kelestarian pertama RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benjamin Teo (tiga dari kiri, belakang) pada majlis pelancaran SLS di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Paramount Corporation Berhad (Paramount) telah menerbitkan Sukuk Wakalah Kelestarian (SLS) pertama berjumlah RM100 juta dalam nilai nominal dan AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) dilantik sebagai pelanggan tunggalnya.

SLS ini diterbitkan daripada program nota jangka sederhana Islam yang tidak dinilai oleh Paramount sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi-Al Istithmar (Program Sukuk Wakalah).

AmInvestment Bank Berhad bertindak sebagai satu-satunya penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama, ejen fasi­liti dan penasihat penstrukturan kelestarian, manakala AmBank Islamic Berhad berperanan sebagai penasihat syariah tunggal untuk Program Sukuk Wakalah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paramount, Benjamin Teo berkata, penerbitan SLS ini adalah satu pencapaian penting dalam perjalanan syarikat untuk memenuhi agenda pembangunan lestari serta komitmen terhadap masa depan

“Perjalanan ke arah perubahan lestari merangkumi pelbagai aspek, kompleks dan memerlukan usaha kolektif daripada individu, komuniti, kerajaan dan organisasi.

“Oleh itu, kerjasama dengan rakan-rakan yang sehaluan se­perti AmBank Islamic Berhad dan AmInvestment Bank akan membolehkan kami menyumbang kepada kerjasama inovatif yang menegaskan komitmen kami terhadap kelestarian, pertumbuhan kewangan, dan tanggungjawab korporat dalam pasaran Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran terbitan SLS di sini.

Teo menjelaskan, Paramount sememangnya berpegang kepada amalan perniagaan yang bertanggungjawab dari segi alam sekitar dan sosial dalam usaha pema­cuan kecemerlangan produk dan perkhidmatan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, Kumpulan juga semakin serius dalam usahanya untuk mendefinisikan bagaimana ia boleh memajukan kelesta­rian merentasi keseluruhan perniagaan.

“Dengan melibatkan Sukuk Wakalah ini kepada sasaran kemampanan khusus, kami mengambil langkah berani ke hadapan dengan memastikan aktiviti kewangan kami menyokong matlamat perniagaan sambil ­menyumbang secara positif kepada objektif alam sekitar dan sosial,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI