fbpx

‘Pacer’ lumba basikal Olimpik Paris beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zain mengenakan helmet selepas dikatakan seiras dengan pacer berbasikal trek Sukan Olimpik Paris.

PETALING JAYA – ‘Pacer’ berbasikal trek bagi acara kierin pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih menjadi tumpuan ekoran penyingkiran pelumba negara Datuk Azizulhasni Awang, minggu lalu.

Selain berduka dengan apa yang berlaku, rata-rata rakyat Malaysia juga mengatakan bahawa wajah pacer berkenaan persis pelakon Zain Saidin.

Sehubungan itu, Zain dalam siaran langsung di TikTok semalam sambil berseloroh memberi penjelasan mengapa ‘dia’ (pacer) bergerak perlahan.

“‘Jetlag’ baru balik dari Paris. Pertama, (saya nak jelaskan) motosikal itu habis bateri, kedua saya nak bagi pelumba Perancis langgar saya tapi dia tak langgar.

“Saya dah nak brek ’emergency’ (kecemasan) sebenarnya, sekali Azizul dah potong,” seloroh Zain.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Azizulhasni tersingkir daripada saringan pertama acara keirin lelaki selepas didakwa melintas pacer terlalu awal sekali gus penyertaannya dibatalkan.

Selain itu, Zain terus berseloroh dengan berkata, ramai yang kini berminat untuk membeli motosikal digunakan pacer terbabit.

“Kalau jual motosikal itu laku, ramai orang nak beli sebab nak bakar. Kita boleh bidaan, siapa menang dapat beli untuk bakar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI