fbpx

Netizen teruja pakat kongsi nampak meteor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsikan pengguna media sosial.- Foto LAMAN FACEBOOK STARGAZER SOCIETY

PETALING JAYA – Ramai netizen berlumba-lumba berkongsi pengalaman menyaksikan fenomena angkasa unik, Hujan Meteor Perseid, malam tadi.

Malah, ada juga yang berkesempatan merakamkan video dan gambar ketika fenomena itu berlangsung.

Rata-rata menyatakan keterujaan mereka sehingga ada yang sanggup bersekang mata sehingga awal pagi.

“Rezeki nampak sebiji lalu walaupun dengan mata kasar. Tengok dari luar dapur rumah saja, Alhamdulillah,” kongsi Syafaf Salim.

“Dapat, nampak dua sahaja. 4.15 dengan 5.05 pagi,” kata Shima Ramli.

“Dapat rakam 12 tengah malam,” ujar Md Hafiz Romli.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), berkata, hujan meteor itu muncul secara rutin apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan planet ini perlu merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle yang nukleusnya berdiameter 26 kilometer,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI