fbpx

Magis Aidil Sharin pacu Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHRUL memulakan kebangkitan pasukan dengan meledak gol pertama ketika seri 2-2 dengan Penang kelmarin. - KUCHING CITY FC

SEMANGAT pahlawan Sarawak, Rentap benar-benar ada dalam setiap diri pemain Kuching City FC ketika mempamer kebangkitan untuk mengikat Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Negeri kelmarin.

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak menghamburkan pujian tinggi terhadap sikap para pemainnya yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk menafikan kelebihan dua gol Penang.

“Di babak pertama prestasi kami tidak begitu bagus hingga membenarkan Penang bermain dengan baik. Selepas rehat kami buat beberapa perubahan dan memasukkan pemain yang kami rasakan perlu.

“Detik itu jadi titik tolak kepada perlawanan kali ini tetapi kredit tetap perlu diberikan kepada pemain yang berjuang untuk bangkit.

“Walaupun sudah dapat dua gol, kami tidak berhenti dan terus cuba menyerang. Ini semangat yang kami ada tetapi kami kena lebih konsisten,” katanya.

Penang meraih dua gol di babak pertama melalui Neto dan Rodrigo Dias sebelum Kuching City bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi jaringan Zahrul Nizwan Joe Kifli serta Tchetche Kipre.

Keputusan itu menyaksikan The Cats kini berada di tangga kelima Liga Super dengan 11 mata, hanya dipisahkan tiga mata berbanding Terengganu di tempat ketiga.

Ini bukan kali pertama Kuching City mencipta keputusan luar jangka kerana mereka pernah mengejutkan Selangor FC 2-1 pada suku akhir pertama Piala FA dua bulan lalu, malah berjaya mengikat Kedah Darul Aman FC 1-1 bulan lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI