fbpx

Lima dirakam percakapan bantu siasatan seludup dadah guna dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA

IPOH – Seramai lima individu dirakam percakapan setakat ini bagi membantu siasatan kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron ke dalam Penjara Tapah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kesemua yang dipanggil untuk direkod keterangan itu terdiri daripada pegawai penjara termasuk anggota yang bertugas sebagai penjaga rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pos pengawal.

Katanya, siasatan lanjut dari pelbagai sudut sedang dijalankan dan sehingga kini tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.

“Kita sedang siasat siapa yang terlibat mengirim dron itu dari luar dan siapa pula yang menerima bungkusan itu dari dalam penjara.

“Setakat ini, kita masih belum boleh mengagak pihak mana yang terlibat namun kita percaya kegiatan itu mungkin melibatkan sindiket,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, rakaman CCTV di penjara berkenaan tidak dapat merakam pergerakan dron tersebut ekoran alat itu diterbangkan terlalu tinggi.

Katanya, bahan terlarang itu sepatutnya dijatuhkan dari atas oleh dron ke lokasi yang dikenal pasti.

Dalam perkembangan sama Azizi berkata, sejak 2022, telah berlaku beberapa kes membawa masuk dadah ke Penjara Tapah melibatkan tangkapan banduan dan rampasan dadah antaranya heroin, methamphetamine dan pil yaba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI