fbpx

Cubaan samun Kesas: Lelaki didakwa rosakkan cermin Estima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nagendaran ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang tular menghayun kayu dalam cubaan menyamun juruteknik wanita berhampiran sebuah stesen minyak minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, G. Nagendaran, 32, didakwa melakukan khianat dengan merosakkan cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima milik mangsa berusia 37 tahun sehingga kerugian RM100.

Perbuatan itu dilakukan di luar sebuah stesen minyak Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 1 pagi, 7 Ogos lalu.

Justeru, dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Nagendaran turut mengaku tidak bersalah bagi kesalahan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam dirinya di Balai Polis USJ 8, Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya pada pukul 5 petang, 8 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Sabit hukuman boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 serta menjalani perintah pengawasan polis sehingga tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran menawarkan jaminan RM9,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu bersama seorang penjamin.

Peguam M. Partiben bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnnya menanggung isteri, dua anak serta ibu bapa yang uzur.

Mahkamah menetapkan jaminan keseluruhan RM5,600 bersama seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 12 November depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sekumpulan individu diburu selepas terlibat dalam cubaan menyamun seorang juruteknik wanita berhampiram sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Kesas, dekat sini, berjaya diberkas polis dalam serbuan berasingan pada 7 Ogos lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI