fbpx

Lelaki hempas basikal ke arah kereta hidap autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dilihat sengaja menjatuhkan basikalnya ke arah sebuah kereta dekat Taman Rakyat, Alor Setar dalam kejadian pada Jumaat lalu.

ALOR SETAR – Polis mengesan seorang lelaki yang bertindak menghempaskan basikal ke arah sebuah kereta sehingga dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan seperti yang tular di media sosial hari ini

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Salawati Saad berkata, siasatan awal mendapati individu itu merupakan lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pesakit autisme.

Katanya, waris lelaki itu kemudian dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk dirakam keterangan.

“Kejadian dipercayai berlaku pukul 3 petang, Jumaat lalu di Taman Rakyat, di sini. Setakat ini kami belum terima laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut, namun tindakan sewajarnya telah diambil setelah video itu tular bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kejadian sebegini tidak hanya boleh mendatangkan bahaya kepada pelaku, malah pengguna jalan raya lain,” katanya hari ini.

Sejak awal pagi ini terdapat dua klip video kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan mengenai kejadian itu sehingga tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI