fbpx

Kementerian, agensi wajib lapor inisiatif pembangunan PMKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Sebanyak 286 inisiatif serta program keusahawanan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan peruntukan berjumlah RM15.06 bilion telah dilaporkan dalam Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) sehingga separuh penggal tahun ini iaitu peningkatan 10.8 peratus berbanding 2023.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) Bilangan 3 Tahun 2024 yang dipengerusikan beliau hari ini bagaimanapun dimaklumkan terdapat 40 program berjumlah RM32.8 bilion yang sedang dikenal pasti perinciannya.

Sehubungan itu, katanya, semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang terbabit dalam inisiatif keusahawanan serta pembangunan perusahaan PMKS diwajibkan membuat pelaporan pencapaian inisiatif masing-masing dalam tempoh masa dua minggu ini.

“Kita mahu supaya maklumat ini sampai kepada sekretariat untuk kita sampaikan kepada Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan untuk dimasukkan dalam ucapan Belanjawan (2025),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat SE-MPUPK Bilangan 3 Tahun 2024 di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan, pelaporan inisiatif serta program keusahawanan dan pembangunan PMKS yang menyeluruh adalah penting bagi mengurangkan pertindihan program dalam kalangan agensi, seterusnya mengurangkan pembaziran sumber kerajaan.

Ujar beliau, jika pencapaian didapati memuaskan dan mewujudkan satu kesan gandaan kepada pencapaian, maka adalah munasabah usaha untuk menambah bajet kepada agensi yang terbabit dalam pewujudan usahawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI