fbpx

Kaotim Legasi pelan hibah takaful serendah RM30 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azman (kiri) pada majlis pelancaran jenama Kaotim di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) melancarkan Kaotim Legasi iaitu pelan hibah takaful mampu milik dengan nilai perlindungan hayat sehingga RM2 juta.

Kaotim Legasi adalah pelan hibah takaful mampu milik yang ditawarkan melalui platform digital Kaotim, daripada bayaran serendah RM30 sebulan untuk memberi perlin­dungan kepada rakyat dan orang tersayang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pihaknya sangat gembira dengan sambutan positif yang di­terima sejak pelancaran jenama dan platform digital ­Kaotim serta pelan Kaotim MediKad pada November tahun lalu.

“Kejayaan ini mendorong kami untuk melancarkan ­Kaotim Legasi sebagai produk terbaharu di bawah jenama ­Kaotim.

“Pelan ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah warisan yang timbul akibat kematian, seperti masalah kewangan yang dihadapi oleh waris si mati sama ada untuk meneruskan kehidupan, mahupun melunaskan hutang si mati menggunakan pampasan yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI