fbpx

JKM beri khidmat kaunseling tiga anak Cikgu Istiqomah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairin-Nisa (tengah) melawat keluarga kepada cikgu Istiqomah yang ditemui mati dalam keadaan tragis.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Johor memberi khidmat kaunseling kepada tiga anak kepada guru wanita yang mayatnya ditemui tanpa kepala, kaki dan tangan di dalam tong sampah, Disember lalu, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, tindakan itu dibuat dalam usaha untuk membantu anak-anak mangsa itu dengan serta-merta.

“Anak-anak arwah, yang masih kecil, kini memerlukan sokongan moral dan mental untuk menghadapi masa depan yang penuh cabaran tanpa ibu mereka.

“Oleh itu, saya membawa bersama kaunselor dari JKM Negeri Johor untuk membantu anak-anak ini dengan serta-merta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI