fbpx

Jenazah Cikgu Istiqomah dijangka diserah kepada waris minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Istiqomah dibunuh kejam selepas mayatnya dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi di Melaka.

MELAKA – Jenazah guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dijangka diserahkan kepada ahli keluarga selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ia susulan pihaknya masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) anggota kepala dan tulang jari mangsa yang ditemukan selepas penahanan suspek pada 5 Ogos lalu.

“Kita perlu menunggu keputusan DNA dan arahan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) sebelum boleh dibawa keluar (jenazah) dan diserahkan kepada waris.

“Kita (jangka) minggu hadapan dan kalau dapat dilakukan lebih awal saya akan maklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Terdahulu, Ashari memaklumkan pihaknya sedang melakukan pelbagai tindakan bagi membolehkan kertas siasatan dapat dilengkapkan segera termasuk mengesan anggota badan lain milik wanita itu yang dibuang di beberapa lokasi di negeri ini oleh suspek.

“Untuk makluman semua, siasatan masih belum lengkap sepenuhnya. Masih banyak tindakan yang perlu diambil oleh pihak polis untuk memastikan siasatan kes ini dapat disiapkan.

“Insya-Allah jika semuanya sudah selesai satu siaran media akan dibuat sendiri oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI