fbpx

Jenazah Cikgu Istiqomah belum boleh dituntut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusof menunjukkan kereta arwah isterinya yang ditemui ditinggalkan di pasar raya di Kota Masai, Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Keluarga arwah cikgu wanita yang dibunuh kejam, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, masih belum boleh menuntut jenazah Allahyarhamah untuk dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan, bagi tujuan pengebumian.

Suami Allahyarham, Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata, mereka juga tidak menerima makluman daripada Unit Forensik Hospital Melaka berhubung urusan tuntutan jenazah isterinya.

Tambahnya, dia dimaklumkan polis masih lagi menggerakkan usaha mengesan saki baki anggota badan isterinya yang masih belum ditemui.

“Setakat ini, saya belum dapat panggilan sama ada dari pihak polis mahupun hospital berhubung urusan menuntut jenazah arwah isteri saya.

“Saya difahamkan gerakan mencari bahagian anggota badan hilang yang lain masih diteruskan, namun saya belum mendengar apa-apa perkembangan terkini mengenainya pencarian itu.

“Kami semua hanya tunggu buat masa ini dan berharap urusan tuntutan jenazah ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI