fbpx

K2

Izdan muncul johan Festival Nasyid Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan Izdan.

Kumpulan nasyid sekolah dari Johor, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, Izdan dinobatkan sebagai johan Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, Kuala Lumpur semalam.

Kemenangan itu tambah lebih bermakna apabila pasukan nasyid yang terdiri daripada sembilan anggota kumpulan itu merangkul anugerah lagu tema, lagu kontemporari dan persembahan terbaik.

Gelaran naib johan pula dibawa pulang oleh Kumpulan Anugerah dari SMKA Kuala Lumpur dan ketiga Zayyan dari SMK Tengku Sarafudin Badlishah, Kulim, Kedah.

Pertandingan nasyid bagi kategori sekolah menengah itu melibatkan penyertaan 16 sekolah terbaik dari seluruh negara termasuk wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Untuk rekod, Izdan yang ditubuhkan sejak 2005 pernah menempa gelaran johan pada 2009 dan 2012.

Izdan juga adalah kumpulan nasyid kedua yang mendapat hatrik johan kebangsaan selepas Kumpulan All For Ummah dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Kumpulan yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga hingga lima itu dibimbing oleh Khairulzaman Hamjah dan Fahrul Daud.

Bagi kategori sekolah rendah, negeri Sabah muncul johan yang diwakili oleh kumpulan Al-Insyirah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh, Keningau. Dianggotai oleh lapan murid perempuan sekolah tersebut, kumpulan itu turut menang anugerah lagu kontemporari terbaik, anugerah lirik kontemporari terbaik dan persembahan terbaik.

Johan bagi sekolah rendah, Kumpulan Al-Insyirah dari SK Pasir Puteh, Keningau bersama guru-guru pengiring.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI