fbpx

Hujan lebat di Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, malam ini.

Menerusi laporannya MetMalaysia berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka berlangsung sehingga pukul 8 malam nanti.

Ketiga-tiga negeri di Pantai Timur antara yang diramal terkesan dengan cuaca buruk berkenaan.

“Dijangkakan hujan lebat melanda Kelantan (Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun), serta Pahang (Jerantut dan Rompin).

“Turut terlibat, Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Selangor (Kuala Selangor),” kata kenyataan itu.

Selain itu menurut MetMalaysia, Negeri Sembilan dan Johor juga dijangka mengalami ribut petir.

“Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Kluang, Pontian dan Kulai) juga dijangka terlibat.

“Tidak ketinggalan menerima hujan lebat, adalah Sabah iaitu di Pedalaman (Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI