fbpx

Hati-hati individu guna nama AMLA untuk menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbullah ketika berucap pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan kegiatan individu memperdaya mangsa menggunakan nama jabatan di dalam pasukan itu.

Terbaharu, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman mengesan terdapat modus operandi menggunakan nama pasukan itu untuk memperdaya mangsa hingga kerugian RM120,000.

Ketua pasukan AMLA, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, ini termasuklah kegiatan yang dilakukan sindiket penipuan serta pengamal undang-undang.

“Kita juga kesan ada mengiklankan di Facebook dengan menawarkan khidmat kononnya untuk menyelesaikan kes babit AMLA,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Kata Hasbullah, masyarakat diingatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan kes-kes sebegini.

Jelas beliau, sekiranya masyarakat ragu atau was-was apabila dihubungi individu mendakwa sebagai pegawai AMLA, boleh rujuk perkara itu kepada pihak polis untuk pengesahan.

“Saya tekankan dan orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan pihak yang ambil kesempatan atas kesempitan.

“Kita tidak berkompromi dan tidak mahu orang ramai alami kerugian kerana terpengaruh dan terpedaya dengan modus operandi penipuan ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI