fbpx

Hari mengundi PRK DUN Mahkota ditetapkan 28 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, penetapan tarikh penting PRK itu diputuskan selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas selepas menerima pemakluman rasmi Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Mohd. Puad Zarkashi.

“Hari penamaan calon ditetapkan pada 14 September, manakala undi awal ialah 24 September,” katanya pada sidang akhbar khas di Menara SPR di sini tadi.

Sebelum ini, penyandang DUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu selepas dirawat di hospital akibat pendarahan dalaman.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 itu juga adalah bekas Ketua Wanita UMNO Johor.

Beliau memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional (BN) menang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti sebanyak 5,166.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi, manakala calon WARISAN, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI